LANDING PAGE COPYWRITING CHALLENGE
Peserta diwajibkan untuk menghadiri Bengkel Joint in Junction terlebih dahulu sebagai persediaan sebelum memulakan cabutan undian bagi menentukan usahawan MARA yang akan menjadi rakan kolaborasi mereka. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pemasaran digital, teknik pembangunan landing page yang efektif, serta kaedah penulisan soft selling menggunakan pendekatan AIDCA (Attention, Interest, Desire,Conviction, Action).
Peserta diberi tempoh masa yang mencukupi untuk membangunkan dan menyiapkan landing page sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Setiap penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada jam 6.30 petang,17 Oktober 2025 dan peserta disarankan untuk memastikan bahawa semua elemen yang diperlukan telah lengkap serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Setiap kumpulan peserta dikehendaki membangunkan landing page khas bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan usahawan MARA yang terpilih. Pembangunan landing page ini boleh dilakukan menggunakan platform bebas seperti WordPress, Wix, Webflow, atau custom coding, bergantung kepada kreativiti dan kemahiran teknikal peserta. Setiap landing page yang dibangunkan mestilah mesra pengguna, interaktif, dan mempunyai elemen pemasaran digital yang efektif bagi menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan kesedaran jenama usahawan tersebut.
Kaedah penulisan soft-selling menggunakan AIDCA perlu diaplikasikan dalam pembangunan kandungan laman web bagi memastikan mesej yang disampaikan kepada pelanggan lebih berkesan, menarik perhatian, dan mampu mendorong tindakan pembelian. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pemasaran digital, malah turut membantu memperkukuhkan daya tarikan produk atau perkhidmatan usahawan MARA kepada pelanggan sasaran.