TIKTOK SHOP CHALLENGE

  1. Memperkukuhkan kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan digital
  2. Melahirkan usahawan muda yang celik digital dan mampu bersaing dalam landskap perniagaan atas talian yang kian mencabar.

  3. Meningkatkan keupayaan peserta untuk menghasilkan kandungan yang menarik serta memaksimumkan potensi perniagaan atas talian masing-masing sepanjang cabaran berlangsung.

Pertandingan ini mengetengahkan kemahiran keusahawanan digital melalui jualan produk sebenar di platform TikTok Shop. Pelajar akan menjalankan cabaran jualan secara atas talian dengan membina kandungan kreatif dan menggunakan strategi pemasaran digital sebenar yang sejajar dengan kehendak industri semasa. Program ini mendapat kerjasama daripada pihak Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dan TikTok Malaysia.

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) MARA akan menjalankan sesi latihan khas bertajuk "TikTok Shop Training 1.0" yang dibimbing oleh wakil rasmi dari pihak TikTok Malaysia iaitu pada tarikh 28-30 Ogos 2025. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung tentang pengurusan akaun perniagaan, strategi kandungan efektif, teknik pemasaran melalui video pendek serta cara mengoptimumkan jualan menggunakan algoritma TikTok Shop. 

Pihak TikTok turut menjalinkan kerjasama strategik dengan penganjur melalui program TikTok Pocket Talk, iaitu sebuah siri bengkel interaktif yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan usahawan muda dalam ekosistem digital. Bengkel ini merangkumi topik seperti penggunaan efektif TikTok Shop, penceritaan visual yang berimpak, teknik penciptaan kandungan viral, serta strategi menaikkan jualan melalui data analitik TikTok.

Pertandingan jualan dalam talian akan berlangsung dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak urus setia iaitu bermula pada 1 September 2025-30 September 2025, di mana semua jualan direkodkan menggunakan data rasmi daripada TikTok Shop.

  • Pendaftaran Pasukan - Setiap kontinjen yang mewakili kolej masing-masing adalah terdiri daripada tiga (3) orang pelajar IPMa yang berdaftar sahaja.
  • Pemilihan Produk Jualan- Setiap pasukan akan diberikan produk sebenar oleh pihak penganjur untuk dijual melalui akaun TikTok Shop rasmi pasukan masing-masing.
  • Penghasilan Kandungan Promosi- Setiap pasukan perlu menghasilkan dan memuat naik video promosi kreatif di TikTok yang bertujuan menarik perhatian pembeli serta meningkatkan jualan.
  • Pemilihan Finalis dan Cabaran Langsung- Lima (5) pasukan dengan jualan tertinggi akan disenarai pendek dan dijemput ke pusingan akhir di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) pada 18 Oktober 2025. Dalam pusingan akhir ini, setiap pasukan perlu menjalankan jualan secara langsung selama satu (1) jam di lokasi yang ditetapkan. Pasukan dengan jualan tertinggi dalam masa sejam termasuk tambahan jualan terdahulu akan dinobatkan sebagai Juara TikTok Shop Challenge 2025.

Penilaian akan dibuat berdasarkan jumlah jualan terkumpul, bilangan unit terjual, serta kreativiti kandungan promosi yang dihasilkan.