RISE INNOVATION AND PITCH ARENA

RISE INNOVATION

Pertandingan ini menyasarkan pengembangan idea-idea perniagaan yang inovatif yang masih belum ada di pasaran. Inovasi yang dihasilkan adalah yang terkini iaitu pada tahun 2025 sahaja iaitu bukan merupakan projek yang dihantar bagi mana-mana penyertaan pertandingan. Cetusan idea bagi produk/ hasil inovasi mestilah daripada ciptaan asli peserta dan tidak meniru/ menciplak mana-mana produk/ hasil inovasi yang lain. Jika penganjur mendapati penyertaan tersebut tidak memenuhi syarat, penyertaan peserta akan dibatalkan serta merta.

PITCH ARENA

Peserta dikehendaki membuat pembentangan idea perniagaan menggunakan Kanvas Model Perniagaan (Busines Model Canvas - BMC) untuk meyakinkan para juri tentang kekukuhan idea perniagaan masing-masing.

RISE INNOVATION

Penulisan laporan  produk  inovasi perlu mengandungi Abstrak- Pengenalan, Penerangan Produk Inovasi dan Rujukan perlulah dihantar seminggu awal kepada pihak penganjur. Penulisan  Abstrak dan BMC perlu dimuatnaik secara digital seminggu sebelum tarikh pertandingan. Laporan yang dihantar selepas tarikh tersebut dikira tidak layak untuk dipertandingkan.

PITCH ARENA

Setiap kumpulan akan diberi masa selama 10 minit (2 minit tempoh persediaan, 3 minit tempoh pembentangan dan 5 minit tempoh soal jawab).

RISE INNOVATION

Produk inovasi yang dihasilkan hendaklah dapat menyelesaikan isu masyarakat dalam kejiranan atau persekitaran dengan memilih salah satu sub-tema daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan / Sustainable Development Goals (SDG) berikut:

  • SDG 1   : Tiada Kemiskinian
  • SDG 2   : Kelaparan Sifar
  • SDG 3   : Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
  • SDG 4   : Pendidikan Berkualiti
  • SDG 5   : Kesaksamaan Gender
  • SDG 6   : Air Bersih dan Sanitasi
  • SDG 7   : Tenaga Berpatutan dan Bersih
  • SDG 8   : Pekerjaan Yang Bersesuaian dan Pembangunan  Ekonomi
  • SDG 9   : Industri, Inovasi dan Infrastruktur
  • SDG 10 : Mengurangkan Ketidaksamaan
  • SDG 11 : Bandar dan Masyarakat Mampan
  • SDG 12 : Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab
  • SDG 13 : Tindakan Iklim
  • SDG 14 : Kehidupan dalam Air
  • SDG 15 : Kehidupan di Darat
  • SDG 16 : Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh
  • SDG 17 : Kerjasama demi Matlamat

PITCH ARENA

Setiap peserta diwajibkan untuk membawa prototaip atau model produk/perkhidmatan mengikut kesesuaian idea perniagaan masing-masing. Penggunaan gambar, video atau apa-apa yang relevan boleh dijadikan sebagai alat bantuan ketika pembentangan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua (2) orang pelajar IPMa yang berdaftar.