ENTREPRENEUR BUSINESS CHALLENGE

Pertandingan Entrepreneur Business Challenge bukan sahaja menguji kemahiran keusahawanan peserta, tetapi juga memberi pengalaman dunia sebenar dalam pemasaran, jualan, dan penjenamaan produk. Sepanjang pertandingan, peserta akan mempelajari teknik pemasaran dan jualan secara praktikal serta mengasah kemahiran komunikasi dalam berinteraksi dengan pelanggan.

Cabaran penghasilan pacakaging memberi peluang kepada peserta untuk mengembangkan kreativiti dalam penjenamaan dan reka bentuk produk agar lebih menarik dan berdaya saing. Pertandingan ini juga berperanan dalam mempromosikan produk usahawan MARA secara lebih profesional serta membuka peluang kepada peserta untuk memahami dunia perniagaan dengan lebih mendalam. Pengalaman yang diperoleh diharapkan dapat membentuk generasi usahawan muda yang lebih inovatif dan bersedia menghadapi cabaran dalam industri keusahawanan.

Pertandingan ini berkonsepkan “Treasure Hunt”, di mana setiap peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan di setiap check point yang telah ditetapkan. Setiap check point akan merangkumi lokasi-lokasi strategik di sekitar Taiping, sebuah bandar yang terkenal sebagai ikon Warisan Negeri Perak. Pemilihan Taiping sebagai lokasi pertandingan amat bertepatan kerana ia bukan sahaja kaya dengan sejarah, tetapi juga merupakan pusat aktiviti ekonomi dan keusahawanan yang berkembang pesat.

Pertandingan ini akan diwakili oleh empat (4) pelajar berdaftar dari setiap IPMa yang bertanding. Peserta akan melalui tiga (3) check point utama, di mana setiap check point mewakili aspek penting dalam proses keusahawanan, termasuk idea, perancangan, pemasaran, dan penjenamaan produk.

Check Point Pertama- Menghasilkan Video Promo dengan Kerjasama Zoo Taiping.

Di lokasi pertama ini, peserta akan diberikan cabaran untuk menghasilkan video promosi kreatif yang menampilkan keunikan Zoo Taiping sebagai destinasi pelancongan utama. Peserta perlu:

  • Menyusun skrip promosi yang menarik
  • Merakam dan menyunting video berdurasi pendek
  • Menggunakan teknik pemasaran digital yang berkesan
  • Menyampaikan mesej dengan jelas kepada audiens sasaran.

 

Check Point Kedua- Cabaran Jualan Sebenar Produk Usahawan IKS MARA di Taman Tasik Taiping

Pada check point kedua, peserta akan diuji dalam cabaran jualan sebenar, di mana mereka perlu:

  • Menjual produk usahawan IKS MARA di lokasi yang ditetapkan
  • Menggunakan teknik soft selling & hard selling untuk menarik pelanggan
  • Mengurus transaksi jualan dan penyampaian maklumat produk dengan profesional

Peserta perlu menunjukkan kebolehan berinteraksi dengan pelanggan serta kemahiran meyakinkan pembeli bagi meningkatkan jualan produk. 

Checkpoint Ketiga- Penghasilan Design Packaging Usahawan MARA

Pada check point terakhir, peserta akan menguji kemahiran penjenamaan dan reka bentuk produk, di mana mereka perlu:

  • Mencipta pembungkusan produk untuk salah satu produk usahawan MARA
  • Memastikan label yang direka mencerminkan identiti jenama, mudah dibaca, dan menarik perhatian pelanggan
  • Menggunakan elemen grafik, warna, dan informasi produk yang sesuai

 

Menghasilkan Video Promo dengan Kerjasama Zoo Taiping.

  • Penilaian akan dibuat berdasarkan kreativiti, penyampaian mesej, dan teknik pemasaran digital yang digunakan dalam video promo ini.

 

Cabaran Jualan Sebenar Produk Usahawan IKS MARA di Taman Tasik Taiping

  • Markah akan diberikan berdasarkan strategi jualan, jumlah produk terjual, dan kreativiti dalam mempromosikan produk.

 

Penghasilan Design Packaging Usahawan MARA

  • Markah akan diberikan berdasarkan kreativiti, profesionalisme reka bentuk, dan kebolehan menyampaikan idea secara berkesan.