MyMARA PRODUCT REVIEW CHANNEL

Pertandingan ini bertujuan untuk mengumpulkan ulasan produk yang berkualiti bagi produk usahawan sedia ada di pasaran. Ulasan produk yang baik secara langsung dapat membantu para pembeli membuat keputusan yang lebih baik dan ulasan tersebut juga mampu membantu pengeluar produk memahami kekuatan dan kelemahan produk mereka.

Setiap ulasan (review) adalah selama 8-10 minit. Sebarang penerangan dalam pembentangan ulasan selepas minit ke-10 tidak akan diambil kira dalam markah penjurian.

Peserta pertandingan terdiri daripada dua (2) orang pelajar IPMa yang berdaftar sahaja. Peserta dikehendaki membuat ulasan tentang produk/perkhidmatan (‘product/service review’) dengan cara yang kreatif dan berjaya menarik minat umum khususnya juri.

Pertandingan ini berkonsepkan seperti rancangan GOSHOP, iaitu penjualan produk secara dalam talian melalui platform televisyen, laman web, dan aplikasi mudah alih. Peserta perlu membawa props persembahan masing-masing ke tempat yang telah ditetapkan. Senarai pemilihan produk/perkhidmatan yang akan diulas adalah daripada kalangan produk Usahawan MARA sahaja.

Ulasan produk/perkhidmatan yang dipilih tidak boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta perlu mematuhi syariah dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.