RISE INNOVATION AND PITCH ARENA
RISE INNOVATION
Pertandingan ini menyasarkan pengembangan idea-idea perniagaan yang inovatif yang masih belum ada di pasaran. Inovasi yang dihasilkan adalah yang terkini iaitu pada tahun 2025 sahaja iaitu bukan merupakan projek yang dihantar bagi mana-mana penyertaan pertandingan. Cetusan idea bagi produk/ hasil inovasi mestilah daripada ciptaan asli peserta dan tidak meniru/ menciplak mana-mana produk/ hasil inovasi yang lain. Jika penganjur mendapati penyertaan tersebut tidak memenuhi syarat, penyertaan peserta akan dibatalkan serta merta.
PITCH ARENA
Peserta dikehendaki membuat pembentangan idea perniagaan menggunakan Kanvas Model Perniagaan (Busines Model Canvas - BMC) untuk meyakinkan para juri tentang kekukuhan idea perniagaan masing-masing.
RISE INNOVATION
Penulisan laporan produk inovasi perlu mengandungi Abstrak- Pengenalan, Penerangan Produk Inovasi dan Rujukan perlulah dihantar seminggu awal kepada pihak penganjur. Penulisan Abstrak dan BMC perlu dimuatnaik secara digital seminggu sebelum tarikh pertandingan. Laporan yang dihantar selepas tarikh tersebut dikira tidak layak untuk dipertandingkan.
PITCH ARENA
Setiap kumpulan akan diberi masa selama 10 minit (2 minit tempoh persediaan, 3 minit tempoh pembentangan dan 5 minit tempoh soal jawab).
RISE INNOVATION
Produk inovasi yang dihasilkan hendaklah dapat menyelesaikan isu masyarakat dalam kejiranan atau persekitaran dengan memilih salah satu sub-tema daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan / Sustainable Development Goals (SDG) berikut:
PITCH ARENA
Setiap peserta diwajibkan untuk membawa prototaip atau model produk/perkhidmatan mengikut kesesuaian idea perniagaan masing-masing. Penggunaan gambar, video atau apa-apa yang relevan boleh dijadikan sebagai alat bantuan ketika pembentangan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua (2) orang pelajar IPMa yang berdaftar.