DSI Systems akan membantu anda untuk mengadaptasi teknologi Revolusi Industri 4.0 di syarikat anda.
Robotik adalah sesuatu kejuruteraan dan sains antaradispline yang terkandung di dalamnya kejuruteraan mekanikal, dan elektronik. Ia merupakan reka bentuk, pembinaan, operasi dan penggunaan robot serta sistem komputer bagi mengawal, memberi maklum balas deria, dan memproses maklumat.
Robot merupakan sesuatu penggunaan teknologi yang terkini didalam pembuatan. Penciptaan robot kini lebih menjadi autonomi, canggih, mudah, serta dapat mengatasi tugas rumit terutamanya dalam operasi seharian. Robot ini juga dapat dikendalikan serta dipantau dari luar kawasan rata serta dapat diprogramkan semula dan boleh beroperasi dalam persekitaran yang sama seperti manusia.
Robot yang mempunyai produk tahap tinggi dalam siri robot kami,kami menggunakan mesin pengurang RV, pengawal dan kimpalan terbaik. Model ini dijual terutamanya kepada industry pembuat kereta.
Antara jenis-jenis robot yang terdapat di syarikat kami adalah :
Teknologi Awan (Cloud Computing) merupakan pembangunan teknologi komputer berasaskan kepada internet iaitu awan. Ia juga adalah perincian daripada pengguna yang tidak lagi diperlukan dalam pengetahuan, kepakaran mahupun dalam mengawal infrastruktur teknologi.
Dengan adanya penggunaan teknologi awan ini lebih banyak mesin serta data dapat dihantar ke awan, serta dapat menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang lancar dan bila-bila masa data dapat diperolehi dengan mudah.
Perkhidmatan cloud management tools yang boleh dipilih samaada public, private dan hybrid cloud. Rasai pengalaman berbeza setelah aplikasi dan datacenter anda dipindahkan ke cloud.
Industri Peruncitan dan pengurusan bekalan.
-Teknologi pengurusan inventori pintar bagi memudahkan sistem jualan dan belian di Pasaraya tanpa perlu beratur panjang.
Smart Home (Automasi Kelengkapan Rumah)
-Pembangunan sistem teknologi kelengkapan rumah pintar bagi memudahkan para pengguna.
Logistik
-Pemantauan masa nyata bagi suhu dan lokasi untuk Industri Logistik.
Sistem peranti komputer yang saling bersangkutan antara mesin dan mesin mekanikal dan digital, objek, dan haiwan. Ia juga berupaya untuk memindahkan data melalui rangkaian tanpa memerlukan interaksi antara manusia.
Ia menggabungkan pembelajaran mesin, teknologi big data, data sensor, dan mesin untuk komunikasi dan teknologi automasi. Mesin pintar ini berhubung dapat mengumpul dan memproses set data yang besar dengan lebih tepat serta konsisten.
©2023. DSI Systems. All Rights Reserved.