Revolusi Industri 4.0 adalah istilah yang sering digunakan bagi merujuk kepada proses pembangunan dalam industri pengeluaran dan automasi ke tahap lebih pintar dari yang sedia ada dengan teknologi yang lebih sesuai dan fleksible. Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas, atau bekerjasama dengan manusia. Mesin akan beroperasi secara autonomi iaitu menjadi entiti bebas yang akan mengumpulkan data dan menganalisa sebelum dihantar melalui proses yang lain.
Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) melibatkan teknologi automasi memberi tekanan baru kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transfomasi untuk kekal berdaya saing antara satu sama lain.
Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian ketiga, berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai komponennya.
Bagaimanapun, Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baru automosi, Internet of Things (IOT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan teknologi awan (cloud) yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden.
Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baru sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah teknologi baru. Dengan kata lain, teknologi automasi ini dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Revolusi Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.
Revolusi Perindustrian 4.0 juga kini rancak diusahakan di seantero dunia dari hari ke hari. Sebelum ini platform media massa terkenal melonjak naik seperti Instagram, Spotify dan Netflix secara pantas. Termasuk juga pembangunan servis jual beli secara online seperti Lazada, Shopee, Zalora dan lain-lain. Pembangunan aplikasi maya menunujukkan kepada kita bahawa sekarang adalah zaman kemajuan teknologi maklumat yang serba canggih.
©2023. DSI Systems. All Rights Reserved.